#Adakah ini kesudahannya?
Apr 14, 2014 ϟ 10:14 PM ϟ 0 Comment[s]
Assalamualaikum?
Rasa nya macam dah lama sangat tak meluahkan perasaan dan isi hati melalui blog ni, since dah jadi pelajar tingkatan 5 dia tahun senior ni macam macam program dan aktiviti kena buat untuk mengejar markah koko..aku juga mengharapkan tahun ini jadi tahun yang lebih baik dari sebelumnya tapi as usually ade je perkara yang membuat aku menemui jalan buntu dan lemah..Mesti tertanya tanya macam mana hubungan aku dengan dia, Alhamdulillah dah cecah 3 tahun bersama..persoalan nya adakah akan terus tetap bersama?
Kisah nya bermula apabila kebekelangan ini aku sering meragui kepercayaan aku terhadap dia, aku risau dan takut dia mungkin akan mengulangi kesilapan dia yang dulu dengan keadaan dia yang semakin busy dan sukar dijangka, kadang kadang okay, kadang kadang nak marah, tak dinafikan kami sering berjumpa tapi perjumpaan yang terbatas oleh masa..aku sendiri tak tahu apa punca dan sebab nya hubungan kami makin complicated lah senang cerita..haritu ade salah faham antara kami sikit sebab dia tak reply chat aku, so aku marah dia then dia suruh call bila orang dah call dia buat layan tak layan je, sape yang tak sakit hati kan..sejak dari sehari selepas itu dia takde kredit sampai sekarang sudah hampir seminggu kami tak chat..untuk mengelak kan hubungan ni terus pudar, aku cuba untuk contact dia tapi 3 hari berturut turut aku call dia, aku yang kena marah balik tak habis habis dengan alasan bodoh dia, yang aku ni call tak kene masa lah, bebel kat dia lah, itu lah, ini lah..semua jadi serba tak kena..dah kalau siang kerja, ptg tidur, malam keluar lepak, pilihan apa lagi yg aku ada kan? semua waktu pun tak kena..hmm, kenapa lah dia berubah sampai macam ni sekali, tak kan aku as his girlfriend nak call pun kene set appointment dulu macam tak logik kan busy sampai takde masa langsung even satu minit pun nak cakap elok elok dengan aku...da lah ikhtiar untuk contact kita pun tak then bila kita call, kita pulak kene marah..kalau korang lah apa yang korang buat dan rasa bila kat tempat aku? sakit hati kan? tu yang aku rasa dan pendam kan sekarang ni..aku dah cuba slowtalk dan ajak berbincang dengan dia, tapi dia seorang yang sangat tak boleh bwak berbincang, buang masa je tanya bina ayat panjang panjang, menangis kat dia sebab satu soalan pun DIA TAK KAN JAWAB! aku tak tahu ape sebenarnya masalah dia, apa yang dia nak..disebabkan dah terlalu sakit hati menunggu dan menanti, aku dah cuba letak ego aku ditahap yang paling bawah sekali..so, sekarang aku dah tak nak mengalah..nak jadi apa jadi lah, aku cuma mengharapkan satu permintaan maaf je dari dia kalau itu pun susah sangat dia nak buat, mungkin dah tiba masa nya melepaskan sesuatu yang bukan milik kita lagi..dah terlalu banyak sangat kesakitan yang aku tanggung, dari kami berkerja sama sama lagi macam macam dia uji aku, aku sabar tapi kesabaran aku takde makna sikit pun dekat mata dia..dia tak habis habis mencari kesilapan aku untuk menutup kesalahan dia..aku dah banyak sangat berkorban utk dia selama ni, macam macam dah aku lakukan untuk membuktikan aku sayang dia walaupun bukan dari segi duit atau harta sebab aku sendiri tak mampu tapi dia sendiri tahu macam mana aku susah payah jaga sakit pening dia, bila dia takde tempat untuk tidur tapi mungkin semua tu tak sebesar pengorbanan dia, so bagi dia pengorbanan aku langsung takde nilai..aku cuma harap masalah ini dipermudahkan, aku dah tak larat menunggu lagi..kalau ade jodoh pulihkan lah hubungan ni kepada asal sebab aku masih tak mampu nk kehilangan dia tapi kalau sebaliknya tolong kumpulkan kekuatan utk aku..
-RabiaHidayah-








