Jul 8, 2011 ϟ 5:56 AM ϟ 0 Comment[s]
salam,selamat sejahtera,salam 1 Malaysia dan salam,salam,salam (aku suke ayat ni !!)hari ni kite story psal Akhlak Penentu Kasih Sayang..jom kita baca artikel dibawah ini:
Akhlak Baik ialah sikap hidup atau perangai atau watak baik yang menjadi amalan tradisi seseorang. Akhlak baik lahir dari hati yang baik. Contoh-contoh akhlak baik ialah bersifat bertolak-ansur, suka menolong, pemurah, tawadhu’, pemaaf dan suka meminta maaf, penyayang, rajin, jujur, ramah mesra, mudah bekerjasama dan lain-lain.
Seseorang yang ada padanya sifat-sifat baik ini adalah seorang yang punya daya tarik yang kuat. Orang akan tertarik dan jatuh hati serta sayang padanya. Walaupun tidak ada padanya keistimewaan-keistimewaan lain yang menarik kasih sayang aradhi atau kasih tabi’i, namun orang tetap sayang kerana faktor akhlak ini. Sebab fitrah manusia sayang pada orang yang berakhlak baik.
Manusia walau apa bangsa dan agama, suka pada akhlak baik. Orang kecil atau besar, kaya atau miskin, lelaki atau perempuan, orang jahat atau baik, semuanya akan jatuh hati kepada orang yang berakhlak baik. Ertinya akhlak baik ini adalah satu sumber kasih sayang yang semua orang, semua bangsa dan agama menerimanya. Ia boleh menjalin kasih sayang antara kawan, manusia berlainan agama dan segala peringkat manusia.
Kasih sayang yang wujud kerana faktor akhlak adalah kasih murni, yang bersih dari sebarang kepentingan. Ia juga tidak mudah luntur dan tidak akan luntur, kecuali kalau orang yang berakhlak itu tidak berakhlak lagi. Namun akhlak itu tidak mungkin hilang dari manusia sebab ia adalah watak atau perangai yang sudah sebati dengan diri.
Akhlak baik kalau ada pada orang-orang yang sudah berkasih sayang kerana faktor keturunan atau kerana faktor kecantikan dan kebendaan, jasa dan lain-lain, akan membantu menambah dan mengekalkan kasih sayang tersebut. Sebaliknya tanpa akhlak baik, kasih sayang yang dicetuskan oleh faktor-faktor tadi akan cacat dan mungkin lenyap.
Begitulah peranan akhlak baik dalam menentukan hubungan kasih sayang antara manusia sejagat. Ia adalah faktor asas dan utama dalam mencetuskan kasih sayang antara sesama manusia. Sebab kecantikan akhlak diakui oleh semua hati manusia. Ia adalah kecantikan maknawiyah yang mempesona hati setiap orang; sebagaimana kecantikan lahiriah mempesona setiap mata. Kasih sayang kerana akhlak ini tidak akan luntur dan orang akan kenang sampai mati. Beruntunglah orang-orang yang berakhlak baik, kerana mereka mendapat kasih murni yang abadi dari seluruh manusia.
korang faham tk? so,mulai dari sekarang mari sama sama kita memperbetulkan akhlak kita supaya menjadi lebih baik dan secara tidak langsung dpt mengeratkan lgi kasih sayang antara manusia..
“Ketahuilah di dalam diri (anak Adam) ada seketul daging. Bila baik daging itu, baiklah manusia. Bila jahat daging itu, jahatlah manusia. Itulah hati.”

renung2kan lah dan selamat beramal..
wslam..
Seidah Pelangi/Toblerone...








