andai lelaki tahu...
Jun 13, 2011 ϟ 11:13 PM ϟ 0 Comment[s]
salam dan hello!!
time aku tgh usya at google tetibe trnmpk artikel ni
so, aku pon nk share dgn peminat setia blog aku ni..
(ehh jap, blog aku ade peminat ke?? kalo ade terima kasih dan teruslah mnyokong blog ini k?)
tajuk artikel nye Andai Lelaki Tahu..
ape yg lelaki kene tahu..jom kita baca sama2 k??
andai lelaki tahu..apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi
lelaki itu adalah segalanya dihatinya.
andai lelaki tahu..apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,itu bukan bermakna dia
lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
andai lelaki tahu..apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya dia sgt mengambil berat dan menyanyangi lelaki itu. lihat saja pasangan
yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yg berlaku.
andai lelaki tahu..apabila perempuan banyak bercakap, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
andai lelaki tahu..apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya ,tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,bukan untuk dirinya,tetapi untuk masa depan anda.
andai lelaki tahu..apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda ,bukan bermakna dia tidak sayang, tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang memerlukan sepenuh perhatian,kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yg diberi.
naluri keibunya sgt kuat dan dia hanya mahukan yg terbaik utk anda.
andai lelaki tahu..apabila perempuan merajuk,jangan kata dia mengada-ngada. dia bukannya mahu dupujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yg boleh buat perempuan rasa dihargai.
andai lelaki tahu..apabila perempuan jarang menyatakan 'i love you' ,itu tidak bermaksud dia tidak menyintai anda tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cinta nya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
andai lelaki tahu..apabila perempuan menyatakan dia rindu sama kamu,dia benar-benar maksudkannya.
apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
andai lelaki tahu..apabila perempuan berkata lelaki itu lebih baik daripada kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. dia mahu melihat sejauh mana kamu mahu jadi yang terbaik di matanya. walaupun sebenarnya kamulah yang terbaik di hatinya.selagi dia dengan kamu, percayalah,walaupun perempuan mengangap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya,kamulah yang terbaik.
andai lelaki tahu..apabila perempuan menjadi degil,bukan bermaksud dia mahu jadi degil, tetapi dia mahu lihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.percayalah hati perempuan itu sangat lembut. andai kena caranya,jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
andai lelaki tahu..apabila perempuan berkata 'tolong tinggalkan saya!', dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar shj.apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula.itu tanda nya dia benar benar menyintai anda.perempuan sukar untuk mengawal perasaannya . dia terlalu emosional.tapi dialah yg paling menyayangi anda dan sgt sensitif dgn perubahan diri anda.
andai lelaki tahu..sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dgn perbezaan yg tersndiri. tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. perempuan itu dicipta oleh Allah indah sekali. di sebalik air mata nya, tersimpan seribu satu kekuatan yg bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yg bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerana nya. jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. dialah bakal menjadi perempuan berkerjaya, isteri juga ibu yg untuk anak2 anda kelak.
renung2kan lah dan selamat beramal...
wslam/bye..
Seindah Pelangi...









